24/02/2009 Latah Che Kiah - Juara Festival Zapin Kontemporari 2009
Latah Che Kiah sebuah kumpulan tarian daripada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MISC berjaya mengungguli kejuaraan Festival Zapin Kontemporari 2009 anjuran Kelab Tarian Bidasari, Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pertandingan yang penuh meriah yang diadakan di Dewan Budi Siswa, Pusat Kegiatan Pelajar malam tadi mempertandingkan enam kategori iaitu Anugerah Tatarias Terbaik, Anugerah Kareografi Terbaik, Anugerah Khas Juri, Tempat ketiga, Naib Johan dan juga Johan.
Latah Che Kiah yang diwakili oleh enam pelajar itu berjaya menewaskan lapan kumpulan dari DPP masing-masing dan seterusnya membawa pulang Piala Pusingan Bidasari, trofi, hamper serta sijil.
Selain itu kumpulan ini juga memenangi Anugerah Kareografi Tebaik.
Manakala tempat kedua disandang oleh Kumpulan Cindai Tari Emas Persada daripada DPP Tradewinds dan tempat ketiga kumpulan Anggun Tari dari DPP Yayasan Al-Bukhary yang juga membawa pulang trofi, hamper dan sijil.
Menurut Pengarah Projek, Mohd Haizatul Farhan Ab Rahman berkata pertandingan ini bertujuan mengetengahkan bakat mahasiswa ke peringkat yang lebih tinggi serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengasah bakat dan kreativiti dalam bidang tarian.
“Malah ia harus dikekalkan setiap tahun bagi memastikan seni tari tradisi akan terus dipelopori oleh generasi muda,” katanya lagi.
Tambahnya, zapin adalah tarian Melayu yang berasaskan Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu.
“Festival seperti ini melibatkan pelajar daripada semua DPP dan ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat muhibah di kalangan mahasiswa,” kata Farhan.
Turut hadir memeriahkan majlis pada malam itu ialah Pengarah Canselori, Mohd Zaini Nasri dan juga Pengarah PBS Huzaidy Hussain.
Post a Comment