UUM/DPP MISC 1-Day Campus Life bersama Anak-anak Yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Perlis, Jejawi, Perlis.
Program sehari dalam kampus bersama seramai 42 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Perlis, Jejawi, Perlis, telah selesai diadakan pada 7-April-2009 lalu.
Program anjuran Exco Akademik, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Dewan Penginapan Pelajar MISC, UUM itu ditaja oleh sejumlah pensyarah-pensyarah dan kakitangan sokongan UUM.
Peserta-peserta program didedahkan pengalaman sehari di dalam kampus. Bermula seawal jam 9 pagi, selepas pendaftaran, peserta-peserta menjalan sesi “ice-breaking”. Kemudian peserta-peserta bersama-sama “kakak’ dan “abang” mereka menaiki bas ke Dewan Kuliah. Satu ”mock-up” kuliah disampaikan oleh Dr. Nadiyah Bt. Elias, pensyarah kanan Kolej Sastera dan Sains, UUM. Dr. Nadiyah juga mengambil kesempatan berkongsi pengalamannya sebagai seorang anak yatim semasa kecil.
Peserta-peserta kemudian bergegas ke Bilik Kuliah untuk mengikuti kursus-kursus akademik asas Bahasa Inggeris, Matematik dan Komputer. Kemudian mereka berjalan kaki mengunjungi Perpustakaan Sultanah Bahiyah sebelum menyambung perjalanan kembali untuk makan tengahari dan berehat di bilik asrama di DPP MISC.
Program selepas Sholat Dzohor bersambung dengan kursus asas akademik dan diikuti oleh program kerohanian.
Acara sukan dan rekreasi yang dijadualkan selepas Sholat Asar terpaksa digantikan dengan acara sukaneka kerana cuaca tidak mengizinkan.
Acara terakhir ialah penganugerahan sijil penyertaan oleh penaja-penaja anak-anak yatim dan diikuti dengan makan malam sebelum mereka kembali ke asrama Pertubuhan Anak Yatim Perlis, Jejawi, Perlis.
Terima kasih kepada semua penaja-penaja dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung program ini.
Nama saya salah tu bang!
Pendaftaran di pagi acara
Betul nama adik ni? Kenapa adik seorang baju lain?
Tak ada Kad Matrik ini tak boleh masuk Dewan Kuliah. Sekarang kena "scan"
Ala adik abang seorang ni! Mai abang betulkan!
OK, semua ikut cakap Kak Zaiha
PRESS RELEASE
1-DAY CAMPUS LIFE BERSAMA ANAK YATIM
Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa DPP MISC dengan kerjasama penghuni-penghuni DPP MISC akan mengadakan program sehari di dalam kampus yang dikenali sebagai “1-Day Campus Life”. Program berkala ini akan bermula pada 7-April-2009 dengan penyertaan pelajar-pelajar dari rumah anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Jejawi Dalam, Perlis.
Program sehari dalam kampus ini akan melibatkan pelbagai aktiviti yang padat untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah ini merasakan pengalaman sebagai mahasiswa. Mereka akan menaiki bas dari DPP MISC ke Dewan Kuliah dan seterusnya ke Bilik Kuliah dan Perpustakaan. Mereka akan kembali makan tengahari dan berehat di dalam bilik Dewan Penginapan Pelajar sebelum terlibat dalam beberapa siri pembelajaran asas Bahasa Inggeris, Matematik dan Komputer. Sebagai tambahan nilai untuk program ini, pelajar-pelajar juga akan menghadiri kelas kerohanian sebelum Sholat Asar dan diikuti dengan acara sukan dan rekreasi sebelum menamatkan program sehari di dalam kampus ini.
Menurut saudari Irnie Haryati Bt Abdul Kahar, Pengarah Program, objektif program ini untuk member pendedahan serta pengalaman bagaimana kehidupan seorang mahasiswa dalam mengejar segulung ijazah. Semoga dengan dedahan sebegini akan memotivasikan mereka untuk meningkatkan pembelajaran di peingkat sekolah supaya Berjaya menjejak kaki di universiti kelak.
Apa yang menarik untuk program siri pertama 1-Day Campus Life ini ialah kos pembelanjaan untuk kesemua anak-anak yatim ini ditaja oleh pensyarah-pensyarah serta kakitangan pejabat UUM. Ini termasuklah kos pembelanjaan pengangkutan untuk membawa pelajar-pelajar tersebut ke UUM.
Penaja-penaja untuk program ini juga dijemput untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim tajaan masing-masing pada suatu majlis penyampaian sijil pada petang 7-April-2009 tersebut.
Lebih menarik lagi, ujar saudari Irnie Haryati, pelajar tahun tiga Program Kauseling, Kolej Sastera dan Sains, beliau sendiri adalah bekas penghuni rumah yatim di Melaka. Pengalamannya sebagai anak yatim membuatkan saudari Irnie dan ahli-ahli JPM DPP MISC lain serta ramai penghuni-penghuni DPP yang akan bertindak sebagai fasilitator dan mentor-mentee kepada anak-anak yatim ini begitu komited untuk menjayakan program ini.
Program yang sama juga dibuka penyertaannya untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di semester pengajian akan datang.
TAMAT
Post a Comment