Sambutan hangat “Career Talk Program & Self Development Workshop”
Exco Latihan dan Akademik, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa DPP MISC telah mengadakan “Career Talk Program and Self Development Workshop” pada 28 Februari 2010 iaitu pada hari ahad yang lalu. Program yang dijalankan di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen ini telah disertai oleh 321 orang peserta. Sambutan hangat daripada pelajar-pelajar UUM bagi program ini sangat mengejutkan. Seramai 293 orang peserta dari UUM dan yang selebihnya peserta daripada Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar dan Universiti Malaysia Perlis.
Menurut Mohd Fauzi b Daud, Pengarah Projek, sambutan yang begitu menggalakkan ini adalah kerana pengisian topik-topik pilihan peserta dalam program ini. Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada peningkatan tahap keyakinan dan kredibiliti diri yang lebih tinggi bagi menghasilkan satu bentuk resume terbaik serta bagi mempelajari proses-proses menghadiri temuduga yang betul seperti apa yang diinginkan oleh para penemuduga. Seterusnya bagaimana pelajar-pelajar ini boleh berjaya di dalam organisasi-organisasi yang diceburi.
Manakala penceramah-penceramah yang mengendalikan program ini merupakan barisan pihak pengurusan di sektor perkilangan dan perindustrian yang amat mahir dan berpengalaman dalam proses pengambilan para pekerja baru. Mereka telah berkongsi pengalaman mereka mengenai mengapa seseorang calon itu diterima dan ditolak semasa proses temuduga dan seterusnya berjaya sebagai seorang pekerja baru di organisasi-organisasi yang diceburi.
Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Ceramah pertama dimulakan dengan En Rostam B Mohamed, mantan General Manager Belum Rainforest Resort di Banding, mantan General Manager Taiping Golf Resort di Taiping, Perak dan mantan Human Resource Director Bukit Merah Lake Resort. En. Rostam yang kini merupakan seorang Resort dan Hotel Development Consultant serta pensyarah sambilan dalam Tourism dan Hospitality di OUM memberi panduan yang berguna bagaimana seorang “fresh graduate” untuk menawan hati penemuduga semasa bersaing dalam temuduga bersama calon-calon lain yang lebih berpengalaman.
Seterusnya diikuti dengan Pn Hajjah Noor Akmam Bt Omar, mantan Pengurus Latihan dan TQM Tasek Corporation Berhad di Ipoh dengan pengkongsian pengalamannya menjadi pengurus wanita di kilang yang dimonopoli oleh pengurus dan pekerja lelaki serta sinonim dengan 4D iaitu Dusty, Dirty, Difficult and Dangerous Environment.
Ceramah yang terakhir disampaikan oleh En Lukman B Wan Mat Daud, mantan Pengurus Safety, Health & Environment di Tasek Cement Ipoh, mantan Senior Engineer di Celestica, Kulim Hi Tech dan Silverstone Taiping. Beliau berkongsi pengalamannya hampir 20 tahun dalam hampir semua jabatan-jabatan di setiap industri yang diceburinya di samping itu beliau juga berpengalaman lebih 10 tahun sebagai panel penemuduga dan juga pegawai yang bertanggungjawab menerima dan menjaga pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri.
Pada akhit majlis, semua peserta-peserta amat berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan. Perjalanan majlis berjalan dengan sangat lancar dengan diakhiri makan tengahari kepada semua peserta.
Post a Comment