Satu Jam: Bantu Pelihara Alam Sekitar


Satu Jam: Bantu Pelihara Alam Sekitar

PROUUM ONLINE: Warga Universiti Utara Malaysia (UUM) diminta memberikan sokongan kepada program ‘’Earth Hour’’ dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam pada 27 Mac, Sabtu ini. Usaha yang diaspirasikan oleh World Wildlife Federation (WWF) berjaya melibatkan lebih 75 negara sebagai tanda keperihatinan terhadap perubahan eko sistem dunia hasil kealpaan manusia tentang alam sekitar.

Pendaftar, Harun Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kempen Mesra Eko UUM berkata, ia sebagai langkah simbolik dan tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim global di samping menyahut seruan kerajaan bagi menjimatkan operasi dan sumber tenaga tersebut.

"Justeru itu, marilah kita bersatu-padu memadamkan semua lampu dan perkakas elektrik yang tidak perlu pada hari tersebut selama satu jam,” katanya.

"Aktiviti ini bukan sahaja dilaksanakan pada setiap Sabtu terakhir bulan Mac, tetapi harus berterusan dan menjadi amalan semua warga kampus. Lampu yang tidak penting dan alat pendingin hawa harus dimatikan sebaik sahaja selesai menggunakan bilik kuliah, pejabat atau sewaktu keluar rehat sebagai tanda sokongan warga kampus bagi melestarikan alam sekitar," tambahnya.

Layari laman web www.earthhour.org atau berhubung dengan Sekretariat Kempen Mesra Eko di talian 3018 untuk maklumat lanjut dan bersama-samalah kita menyokong kepada program “Earth Hour.”

Comments

0 Responses to "Satu Jam: Bantu Pelihara Alam Sekitar"

Post a Comment

Masehi Hari Ini

Utamakan masa

Hijrah Hari Ini

Mesej dari anda


ShoutMix chat widget

Anda tulis apa saja

Guestbook

Kunjungan anda yang ke

Komentar pengunjung

About