Satu Jam: Bantu Pelihara Alam Sekitar


Satu Jam: Bantu Pelihara Alam Sekitar

PROUUM ONLINE: Warga Universiti Utara Malaysia (UUM) diminta memberikan sokongan kepada program ‘’Earth Hour’’ dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam pada 27 Mac, Sabtu ini. Usaha yang diaspirasikan oleh World Wildlife Federation (WWF) berjaya melibatkan lebih 75 negara sebagai tanda keperihatinan terhadap perubahan eko sistem dunia hasil kealpaan manusia tentang alam sekitar.

Pendaftar, Harun Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Kempen Mesra Eko UUM berkata, ia sebagai langkah simbolik dan tanda sokongan terhadap usaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim global di samping menyahut seruan kerajaan bagi menjimatkan operasi dan sumber tenaga tersebut.

"Justeru itu, marilah kita bersatu-padu memadamkan semua lampu dan perkakas elektrik yang tidak perlu pada hari tersebut selama satu jam,” katanya.

"Aktiviti ini bukan sahaja dilaksanakan pada setiap Sabtu terakhir bulan Mac, tetapi harus berterusan dan menjadi amalan semua warga kampus. Lampu yang tidak penting dan alat pendingin hawa harus dimatikan sebaik sahaja selesai menggunakan bilik kuliah, pejabat atau sewaktu keluar rehat sebagai tanda sokongan warga kampus bagi melestarikan alam sekitar," tambahnya.

Layari laman web www.earthhour.org atau berhubung dengan Sekretariat Kempen Mesra Eko di talian 3018 untuk maklumat lanjut dan bersama-samalah kita menyokong kepada program “Earth Hour.”

Sambutan hangat “Career Talk Program & Self Development Workshop”







Sambutan hangat “Career Talk Program & Self Development Workshop”

Exco Latihan dan Akademik, Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa DPP MISC telah mengadakan “Career Talk Program and Self Development Workshop” pada 28 Februari 2010 iaitu pada hari ahad yang lalu. Program yang dijalankan di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen ini telah disertai oleh 321 orang peserta. Sambutan hangat daripada pelajar-pelajar UUM bagi program ini sangat mengejutkan. Seramai 293 orang peserta dari UUM dan yang selebihnya peserta daripada Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar dan Universiti Malaysia Perlis.

Menurut Mohd Fauzi b Daud, Pengarah Projek, sambutan yang begitu menggalakkan ini adalah kerana pengisian topik-topik pilihan peserta dalam program ini. Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada peningkatan tahap keyakinan dan kredibiliti diri yang lebih tinggi bagi menghasilkan satu bentuk resume terbaik serta bagi mempelajari proses-proses menghadiri temuduga yang betul seperti apa yang diinginkan oleh para penemuduga. Seterusnya bagaimana pelajar-pelajar ini boleh berjaya di dalam organisasi-organisasi yang diceburi.

Manakala penceramah-penceramah yang mengendalikan program ini merupakan barisan pihak pengurusan di sektor perkilangan dan perindustrian yang amat mahir dan berpengalaman dalam proses pengambilan para pekerja baru. Mereka telah berkongsi pengalaman mereka mengenai mengapa seseorang calon itu diterima dan ditolak semasa proses temuduga dan seterusnya berjaya sebagai seorang pekerja baru di organisasi-organisasi yang diceburi.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Ceramah pertama dimulakan dengan En Rostam B Mohamed, mantan General Manager Belum Rainforest Resort di Banding, mantan General Manager Taiping Golf Resort di Taiping, Perak dan mantan Human Resource Director Bukit Merah Lake Resort. En. Rostam yang kini merupakan seorang Resort dan Hotel Development Consultant serta pensyarah sambilan dalam Tourism dan Hospitality di OUM memberi panduan yang berguna bagaimana seorang “fresh graduate” untuk menawan hati penemuduga semasa bersaing dalam temuduga bersama calon-calon lain yang lebih berpengalaman.

Seterusnya diikuti dengan Pn Hajjah Noor Akmam Bt Omar, mantan Pengurus Latihan dan TQM Tasek Corporation Berhad di Ipoh dengan pengkongsian pengalamannya menjadi pengurus wanita di kilang yang dimonopoli oleh pengurus dan pekerja lelaki serta sinonim dengan 4D iaitu Dusty, Dirty, Difficult and Dangerous Environment.

Ceramah yang terakhir disampaikan oleh En Lukman B Wan Mat Daud, mantan Pengurus Safety, Health & Environment di Tasek Cement Ipoh, mantan Senior Engineer di Celestica, Kulim Hi Tech dan Silverstone Taiping. Beliau berkongsi pengalamannya hampir 20 tahun dalam hampir semua jabatan-jabatan di setiap industri yang diceburinya di samping itu beliau juga berpengalaman lebih 10 tahun sebagai panel penemuduga dan juga pegawai yang bertanggungjawab menerima dan menjaga pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri.

Pada akhit majlis, semua peserta-peserta amat berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan. Perjalanan majlis berjalan dengan sangat lancar dengan diakhiri makan tengahari kepada semua peserta.

Career Talk Program & Self Development Workshop



KERJA-KERJA PENYENGGARAAN ALAT PENGERA KEBAKARAN


KERJA-KERJA PENYENGGARAAN ALAT PENGERA KEBAKARAN
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan alat pengera kebakaran secara berjadual (Kumpulan 2) oleh Syarikat Bersia Engineering akan dijalankan di lokasi seperti berikut:

i. DPP EON - 1, 2, 3 dan 4 Ogos 2009
ii. DPP TM - 5, 6, dan 9 Ogos 2009
iii. DPP Sime Darby - 10, 11 dan 12 Ogos 2009
iv. DPP MISC - 13, 16 dan 17 Ogos 2009

Kerja-kerja penyenggaraan ini akan menyebabkan gangguan bunyi dari semasa ke semasa.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi En. Amir Kassim (928 3255), En. Alimin (928 3235) dan En. Mohd. Akhir Saad (928 3249).

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.

DARIPADA:
JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3252
FAKS : 04- 928 3245
E-MAIL : jpp@uum.edu.my

PENGUMUMAN / ANNOUNCEMENT

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR

Berikutan penangguhan kuliah disebabkan penularan Influenza Like Illness (ILI) atau penyakit serupa Influenza pada 27 Julai (Isnin) - 1 Ogos 2009 (Sabtu). Sukacita dimaklumkan, Cuti Pertengahan Semester dikekalkan pada 14 Ogos 2009 (Jumaat) ­– 21 Ogos 2009 (Jumaat). Walau bagaimanapun, kelas ganti bagi tempoh penangguhan kuliah akan diadakan semasa tempoh minggu ulang kaji pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) – 30 Oktober 2009 (Jumaat).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Baharudin Yaacob
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
Tel: 04-9283116
Fax: 04-9283109
Emel: baha646@uum.edu.my



ATTENTION ALL STUDENTS

Please note that all lectures have been postponed as an effort to curb the spread of the Influenza like Illness or other influenza related illnesses during the period from 27 July 2009 (Monday) to 1 August 2009 (Saturday). Classes that are supposed to be held during this period will be re-scheduled during the Studies Review week from 23 October 2009 (Friday) to 30 October 2009 (Friday). The Mid-Semester Break is as scheduled, which is from 14 August 2009 (Friday) to 21 August 2009 (Saturday).

For further enquiries please contact:

Mr. Baharudin Yaacob
Director
Department of Academic Affairs
Universiti Utara Malaysia
Tel: 04-9283116
Fax: 04-9283109
E-mail: baha646@uum.edu.my

UUM Campus Still Open, Says Deputy Vice Chancellor


UUM Campus Still Open, Says Deputy Vice Chancellor

SINTOK, July 27(Bernama) -- The management and daily activities of Universiti Utara Malaysia (UUM) will go on as usual despite the postponement of lectures for a week, which began yesterday due to a flu outbreak, said UUM deputy Vice Chancellor (Alumni and Student Affairs) Datuk Dr Ahmad Faiz Abdul Hamid.

However, he said the flu was not caused by the A(H1N1) virus.

"All activities which involve a large gathering of people including lectures have to be postponed as a precautionary measure to avoid flu infections," he told Bernama here Monday.

He said although the residential colleges in the university were not closed, the students were allowed to go home but there were some who stayed behind to finish their assignments.

In TERENGGANU, the Influenza A (H1N1) outbreak continued to spread in the state with Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) in Besut ordered to close for one week from today after seven cases of the disease were detected at it yesterday.

State executive councillor in charge of health, Dr Abdul Rahman Mokhtar said the seven people involved were given outpatient treatment and their blood samples sent for analysis.

Before this latest case of an educational institution asked to close down because of H1N1, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 in Kuala Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun and the Perkaya Foundation hostel in Marang experienced the same fate.

In KANGAR, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) put in place various countermeasures after four of its male students were suspected to have come down with Influenza A (H1N1.

However, its vice chancellor Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin said there was no necessity for the campus to be closed as the situation was under control.

-- BERNAMA


Click here from student’s view, Click here from lecturer’s view

WHO’S WHO AT DPP MISC OFFICE

Kemudahan penginapan sekitar UUM Sintok/Changlung











Harga Makanan dan Minuman di Kafetaria dan Medan Selera UUM


Harga Makanan dan Minuman di Kafetaria dan Medan Selera UUM

PROUUM ONLINE: MESYUARAT Penyelarasan Harga Makanan dan Minuman di Kafetaria dan Medan Selera UUM yang telah diadakan pada 6 Julai 2009 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UUM COLGIS telah mencapai persetujuan mengenai kadar harga baru untuk makanan dan minuman di semua kafetaria dan medan selera UUM.

Berikut ialah senarai harga baru tersebut untuk rujukan semua:

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Roslina Abdullah (04-928 6585).

DARIPADA:
PEJABAT PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
E-MEL:
prouum@uum.edu.my

Sem 2008/2009 Activities (UUM Futsal Open)

UUM Futsal Open on 4-April-2009

















































Masehi Hari Ini

Utamakan masa

Hijrah Hari Ini

Mesej dari anda


ShoutMix chat widget

Anda tulis apa saja

Guestbook

Kunjungan anda yang ke

Komentar pengunjung

About